SUKAN»Bola
Khamis, 17 Oktober 2019 | 5:23pm
PENYERANG Pahang, Lazarus Kaimbi
dan Norshahrul Idlan Talaha. - Foto Muhd Asyraf Sawal
Tok Gajah hadapi krisis
kecederaan
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Penyerang Pahang, Lazarus
Kaimbi dan Norshahrul Idlan Talaha antara pemain terbaru berdepan masalah
kecederaan menjelang pertemuan dengan Kedah, Sabtu ini.
Empat pemain lalin iaitu Muslim
Ahmad, Nor Azam Azih, Zuhair Aizat Mohd Nazri dan Faisal Halim yang turut
cedera sebelum ini masih dalam proses pemulihan.
Berikutan itu peengendali Tok
Gajah, Dollah Salleh berkata, Kaimbi masih belum pasti akan berada dalam
kesebelasan utama apabila berdepan Kedah pada separuh akhir pertama piala
berprestij itu.
"Kecederaan dialami pemain
import dari Namibia itu berlaku dalam saingan suku akhir tetapi menjelang
perlawanan dengan skuad Helang Merah kecederaan itu dilihat belum ada petanda
positif.
"Mat Yo (Norshahrul) pula
cedera pada sesi latihan petang semalam dan diharap tidak serius kerana Kedah
dilihat konsisten dalam saingan Piala Malaysia," katanya.
Ditanya mengenai empat pemain
yang turut cedera, Dollah mengesahkan Muslim dan Zuhair Aizat tidak dapat
disenaraikan.
Namun katanya, kedudukan Nor Azam
dan Faisal masih 50-50 untuk bersama memperkasakan skuad Tok Gajah.
"Tapi saya percaya masalah
kecederaan dialami beberapa pemain tidak menjejaskan misi utama untuk mendapat
bekalan selesa di Alor Setar.
"Jika keputusan berpihak
kepada Pahang, ia memberi kelebihan apabila bertemu sekali lagi pada separuh
akhir kedua di Kuantan pada 26 Oktober ini," katanya.
Untuk rekod dalam saingan Liga
Super musim ini, skuad Tok Gajah menang 1-0 ke atas skuad Helang Merah di
Kuantan manakala seri 0-0 di Alor Setar.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis,
17 Oktober 2019 | 5:23pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan