Jumaat, 18 Oktober 2019

23 pemain disenarai latihan pusat jumpa Arab Saudi

Sukan
Jumaat, 11 March 2016 | 9:57pm
23 pemain disenarai latihan pusat jumpa Arab Saudi
TIMBALAN Presiden Persatuan Jurulatih Bola sepak Malaysia, Datuk Ong Kim Swee. - Foto Hasriyasyah Sabudin
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain untuk menjalani latihan pusat pada 14 Mac ini bagi menghadapi Arab Saudi 10 hari selepas itu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam kenyataan hari ini, menyatakan latihan pusat enam hari untuk aksi terakhir Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu, akan diadakan secara berperingkat kerana ada pemain tidak dapat menyertainya pada hari sama berikutan komitmen lain.

Ini termasuk pemain Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang terbabit dengan perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut kenyataan itu, tujuh pemain perlu melaporkan diri kepada Kim Swee pada 14 Mac ini iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Brendan Gan (Kelantan), Joseph Kalang Tie, Yong Kuong Yong dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu) dan Matthew Davies (Pahang).

Empat pemain Selangor, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Mohd Hafiz Kamal, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham akan melaporkan diri pada 17 Mac.

Ini disusuli Baddrol Bakhtiar, Mohd Farhan Abu Bakar dan Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik (semuanya Kedah), selang dua hari kemudian.

Lapan pemain JDT serta pemain Perak, Shahrul Mohd Saad pula akan melaporkan diri kepada Kim Swee pada 20 Mac.

Pemain JDT terbabit ialah Izham Tarmizi Roslan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Fadhli Shas, Muhammad Fazly Mazlan, S Chanturu, Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah dan S Kunanlan.

Pemain Kedah dan Perak terbabit dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

FAM turut memaklumkan lima pemain perlu bersedia dipanggil sekiranya mana-mana 23 pemain berkenaan disahkan cedera oleh doktor pasukan.

Mereka ialah Farizal Marlias dan Mohd Nazrin Nawi (JDT), Ahmad Fakri Saarani (Kedah), K Gurusamy (Sarawak) dan Adam Nor Azlin (Selangor).

Skuad kebangsaan akan bertolak ke Jeddah pada 20 Mac ini bagi melengkapkan aksi terakhir Kumpulan A berdepan Arab Saudi di Stadium King Abdullah Sport City, Arab Saudi pada 24 Mac.

Sekembalinya ke tanah air pada 25 Mac ini, skuad kendalian Kim Swee itu akan berlepas ke Melaka untuk aksi persahabatan antarabangsa kelas 'A' menentang Macau di Stadium Hang Jebat pada 29 Mac.

Perlawanan berkenaan adalah aksi persahabatan sulung Malaysia pada tahun ini.

Senarai 23 Pelatih:

Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Brendan Gan (Kelantan); Joseph Kalang Tie, Yong Kuong Yong dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu); Matthew Davies (Pahang); Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Mohd Hafiz Kamal, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Selangor)

Baddrol Bakhtiar, Mohd Farhan Abu Bakar dan Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah); Shahrul Mohd Saad (Perak); Izham Tarmizi Roslan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Fadhli Shas, Muhammad Fazly Mazlan, S. Chanturu, Safiq Rahim, Mohd Amri Yahyah dan S. Kunanlan (JDT).
- BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE  Jumaat, 11 March 2016 | 9:57pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan