MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
SEGALANYA tampak positif buat skuad Pahang menjelang aksi
separuh akhir kedua Piala Malaysia berdepan Kedah di Stadium Darul Makmur,
Kuantan, Sabtu ini.
Ini kerana empat pemain Tok Gajah yang dihimpit masalah
kecederaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Muslim Ahmad, Faisal Halim dan Zuhair
Aizat Mohd Nazri dijangka kembali dalam skuad.
Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata,
keempat-empat pemain tidak disenaraikan pada separuh akhir pertama ketika skuad
itu seri 3-3 mampu memberi impak positif.
"Sudah pasti khidmat mereka ditagih untuk
mendapatkan keputusan terbaik iaitu membawa Pahang ke pentas final piala
berprestij itu.
"Namun, segalanya terpulang kepada percaturan
jurulatih (Dollah Salleh) untuk menyenaraikan mereka atau sebaliknya selepas
mengikat Kedah 3-3.
"Jika dilihat kepada persembahan, saya berpuas hati
dengan komitmen diberikan semua pemain hingga hampir mengecewakan skuad Helang
Merah," katanya.
Mohammed Suffian berkata, kejayaan mengikat Kedah di Alor
Setar kelmarin, membuktikan bahawa skuad Tok gajah mampu mencatat keputusan
lebih bagus di laman sendiri.
Katanya, kelebihan yang ada seharusnya dimanfaatkan
sebaik mungkin sambil dibantu kehadiran ribuan penyokong Tok Gajah nanti.
"Kami sememangnya mengharapkan sokongan padu pemain
ke-12 iaitu penyokong untuk memberi sumber inspirasi meningkatkan semangat
kepada pemain Pahang.
"Dengan persembahan menyakinkan seperti yang
dipersembahkan pada separuh akhir pertama lalu, diharapkan jentera pertahanan
lebih kebal," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober
2019 @ 4:39 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan