ARKIB : 14/01/2009
Oleh Sayed Hesham Idris
KUALA LUMPUR - Jurulatih
kebangsaan, B. Sathianathan mengetepikan Helmi Eliza Elias daripada senarai
pelatih skuad kebangsaan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 menentang
Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu depan, sebaliknya menyenaraikan penjaga
gawang veteran, Mohd. Syamsuri Mustaffa.
Sathia mengakui prestasi goyah
Helmi bersama skuad Kedah menyebabkan penjaga gol itu diketepikan.
''Kalau jurulatihnya sendiri, iaitu
orang yang paling dekat dengannya yang mengetahui sejauh mana prestasinya
membuat keputusan merehatkan Helmi, saya terpaksa mengetepikan dia.
''Buat masa ini ternyata Helmi
masih belum bersedia untuk perlawanan besar.
''Ia sama seperti pemain muda Mohd.
Asrarudin Putra Omar yang jarang diturunkan oleh Selangor, jadi saya juga tidak
dapat menyenarai namanya.
''Ini kerana saya hanya memanggil
pemain yang benar-benar cergas dan berada pada prestasi terbaik.
''Bukan tugasan saya untuk
membentuk semula psikologi pemain yang gagal mempamer prestasi terbaik dalam
liga kerana persediaan kita begitu singkat iaitu lima hari sahaja,'' katanya
ketika dihubungi di sini, semalam.
Pada awalnya, Sathia masih
menaruh kepercayaan terhadap Helmi dan bercadang untuk menyenaraikan penjaga
gol itu walaupun dia melakukan kesilapan ketika Malaysia kalah kepada
Vietnampada Kejohanan Piala Suzuki AFF.
Namun, kesilapan melepaskan satu
gol mudah ketika Kedah kalah 1-3 kepada Selangor dalam perlawanan Sumbangsih,
di Alor Star, 3 Januari lalu, memaksa jurulatih Kedah, Azrai Khor Abdullah
merehatkan Helmi.
Selain Mohd. Syamsuri, beberapa
pelatih yang dipanggil untuk Kejohanan Piala Suzuki AFF bulan lalu tetapi
digugurkan kemudiannya turut dipanggil semula seperti V. Thirumurugan,
Norsharul Idlan Talaha, Fadzli Shaari, Mohd. Fauzie Nan, Mohd. Marzuki Yusof
dan Mohd. Ashari Samsuddin.
Mohd. Syamsuri yang kali terakhir
mewakili negara pada 2007 menentang Singapura dalam perlawanan persahabatan
disenaraikan bersama penjaga gawang UPB My-Team, Syed Adney Syed Hussein,
Pemain veteran, Rosdi Talib
sekali lagi berada dalam senarai selepas tidak dapat bersama skuad kebangsaan
untuk persahabatan dengan Indonesia di Surabaya, 6 Jun lalu.
Selain itu, pelatih yang akan
melaporkan diri untuk latihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), Petaling Jaya, hari ini adalah pemain dari skuad yang terkandas di
peringkat kumpulan Kejohanan Piala Suzuki AFF di Phuket, bulan lalu.
Sathia terus menyandarkan tugas
penggempur di bahu penyerang Selangor Safee Sali, sekali lagi digandingkan
dengan Indraputra Mahayuddin.
Penyerang senior, Nizaruddin
Yusof dan penyerang muda Negeri Sembilan, Mohd. Zaquan Adha Abd Razak juga ada
dalam senarai 27 pelatih yang akan memulakan latihan esok.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz51Ne80xt6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan