Ahad, 28 April 2019

Norshahrul tumpu skuad kebangsaan

 
NORSHAHRUL (kanan) belum fikir menyertai mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia musim depan.
Kuala Lumpur: Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada skuad kebangsaan terlebih dulu sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana pasukan menjelang aksi musim baru Liga Malaysia tahun depan.

Menurut pemain berusia 30 tahun itu, dia masih belum membuat sebarang keputusan menyertai pasukan mana dan mengakui masih milik Terengganu berikutan kontraknya terikat hingga hujung bulan ini.

“Selepas bulan ini baru saya akan membuat keputusan. Tawaran itu memang ada, cuma saya harus pilih betul-betul sesuai dengan saya,” katanya ketika ditemui media di kem skuad kebangsaan semalam.


Ditanya sama ada ramai pasukan yang menagih khidmatnya untuk musim depan, bekas penyerang Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu mengakui tidak banyak tawaran diterima.

“Tidak banyak, ada la sikit-sikit,” kata pemain kelahiran Besut itu yang terkenal dengan nama gelaran Mat Yo.

Norshahrul pernah membantu skuad kebangsaan muncul juara Piala AFF pada 2010 ketika di bawah kendalian Datuk K Rajagobal.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 10:36 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan