MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
SKUAD Pahang
dijangka mempertaruhkan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamadou Sumareh di
bahagian serangan apabila melayan kunjungan Kedah di Stadium Darul Makmur,
Kuantan, malam esok.
Norshahrul
atau Mat Yo dan Sumareh bakal menjadi senjata utama skuad Tok Gajah untuk
membolosi gawang skuad Lang Merah disebabkan ketiadaan Dickson Nwakaeme dan
Jose Eduardo.
Nwakaeme dan
Eduardo atau Ze Love masing-masing mengalami kecederaan dan penggantungan satu
perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.
Mengulas
situasi itu, pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang tidak menolak
percaturan yang akan dilakukan Dollah yang juga bekas jurulatih kebangsaan.
"Apa yang
boleh saya katakan ialah Nwakaeme belum lagi cergas disebabkan kecederaan
pangkal paha dialami ketika bertemu PKNP FC minggu lalu.
"Penyerang
Brazil (Eduardo) sah tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan satu
perlawanan. "Bagaimanapun, saya
percaya skuad Tok Gajah akan mempamerkan prestasi terbaik walaupun tidak dapat
menurunkan Nwakaeme dan Eduardo," katanya.
Pada masa
sama, skuad Tok Gajah masih tidak dapat menurunkan pertahanan kental, Muslim
Ahmad yang masih belum pulih daripada kecederaan.
Namun,
Mohammed Suffian berkata, kembalinya dua pemain import, Harold Goulon dan
Safuwan Baharudin dijangka memperkasakan jentera pertahanan dan tengah.
Katanya,
kehadiran Goulon dan Safuwan diharap membantu skuad Pahang untuk mengutip tiga
mata selepas sekadar seri 1-1 dengan Selangor di laman sendiri pada 24 Februari
lalu.
"Pahang
tidak boleh hilang tiga mata jika mahu terus bersaing dan menduduki tangga
teratas liga," katanya.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 3:52 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan