ARKIB : 23/10/2010
Oleh Yatimin Abdullah
sukan@utusan.com.my
tonggak penyerang Kelantan, Nor
Shahrul Idlan Talaha (dua dari kanan) dan Akmal Rizal Rakhli (tiga dari kanan)
giat menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam
sebagai persediaan menentang Kedah dalam Piala Malaysia, hari ini. -
UTUSAN/Hafiz Johari
KOTA BHARU - Meskipun Kedah
mempunyai rekod baik di Stadium Sultan Muhammed IV musim ini, Kelantan sudah
bersiap sedia untuk menjadikan lawan mereka itu sebagai mangsa, selepas
menjinakkan Selangor dalam saingan Piala Malaysia.
Beraksi di depan 25,000 penyokong
setia mereka, Kelantan pasti mempunyai kelebihan psikologi pada separuh akhir
kedua Piala Malaysia, hari ini.
Kelantan dilimpahi pelbagai
berita gembira apabila penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talha akan
beraksi, setelah digantung akibat menerima kad merah.
Gandingan Nor Shahrul dan Akmal
Rizal Rakhli, pasti meresahkan pertahanan Kedah.
Gandingan Nor Shahrul-Akmal telah
meledak lapan gol setakat ini dan ini memaksa pertahanan Kedah, terutama
penjaga gol mereka, Helmi Eliza Elias perlu bekerja lebih keras.
Ketua jurulatih Kelantan, B.
Sathianathan berkata, pasukannya membuat persiapan rapi untuk perlawanan hari
ini.
"Kedah sebuah pasukan yang
hebat. Prestasi di atas kertas juga memihak kepada mereka.
''Kedah mempunyai lima pemain
kebangsaan. Mahu tak mahu, kita kena bagi yang terbaik pada perlawanan malam
esok,'' katanya ketika ditemui, semalam.
Ditanya mengenai peluang
pasukannya pada perlawanan hari ini, bekas pengendali skuad kebangsaan itu
memberitahu: "Saya yakin kita mampu ke perlawanan akhir. Ini berdasarkan
apa yang pemain tunjukkan pada perlawanan separuh akhir pertama, walaupun kita
terpaksa membuat pertukaran pemain dalam tempoh sepuluh minit.
"Pemain tetap fokus dan
berjaya mencipta beberapa peluang gol dalam perlawanan tersebut, inilah yang
kita mahukan,'' katanya.
Tambahnya, untuk perlawanan hari
ini, beliau akan membuat sedikit perubahan taktikal bagi mengisi kekosongan
Azizi Mat Rose, yang cedera.
"Perubahan taktikal terpaksa
dilakukan, namun bagi saya ia tidak menjejaskan persiapan saya. Rata-rata
pemain yang saya miliki mampu beraksi seperti yang saya mahukan.
"Inilah peluang mereka yang
tidak tersenarai sebelum ini untuk membuktikan sesuatu kepada pasukan,''
katanya.
Sathianathan juga berkata,
Kelantan juga bersedia jika permainan diheret sehingga ke masa tambahan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5cx3eACnW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan