KOTA BHARU -
Selepas aksi kurang menyakinkan dalam empat aksi persahabatan, jurulatih
Kelantan, B. Sathianathan mengharapkan keputusan positif pada satu lagi aksi
pemanas badan dengan Pulau Pinang, hari ini.
Turun tanpa
dua tonggak kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat pada
perlawanan itu, Sathianathan berkata, perancangannya terjejas kerana tidak
dapat menghimpunkan kekuatan keseluruhan pasukannya.
Menurutnya, ketika
ini kedua-dua pemain tersebut menyertai skuad kebangsaan yang memenuhi undangan
meraikan kejayaan mereka memenangi Piala Suzuki AFF.
"Apa
hendak buat, kedua-duanya diperlukan untuk bersama skuad kebangsaan kerana
perlu menghadiri beberapa majlis bagi meraikan kejayaan mereka baru-baru ini.
"Sebagai
jurulatih sudah pasti saya mengharapkan kelibat mereka kembali secepat mungkin
untuk berlatih bersama-sama dengan pasukan,'' katanya ketika ditemui di sini,
semalam.
Sathianathan
memberitahu, meskipun tanpa kedua-dua pemain itu, dia yakin pasukannya mampu
mencatatkan keputusan yang lebih baik pada perlawanan hari ini.
"Walaupun
Pulau Pinang beraksi dalam Liga Perdana musim ini, tetapi kita tidak tahu
kekuatan pasukan ini, apatah lagi mereka dibarisi muka baru musim ini. Apa-apa
pun kita perlu hormati mereka dan tidak memandang mudah perlawanan ini,"
ujarnya.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_10.htm#ixzz5dLZKkhhq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan