MyMetroArena
"KEMENANGAN
ini boleh dianggap sebagai pencetus semangat untuk skuad kebangsaan beraksi
lebih baik pada mana-mana perlawanan akan datang,” menurut Presiden Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika menyerahkan trofi dan
plak Anugerah AFF 2019 kepada tiga pemain skuad kebangsaan selepas sesi latihan
petang tadi.
Tiga pemain
terbabit iaitu Syahmi Safari, Syamer Kutty Abba dan Norshahrul Idlan Talaha
terpilih membarisi Kesebelasan Utama Terbaik AFF sekali gus beroleh tonik
mujarab menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang
Thailand dan Indonesia.
"Malah,
kejayaan ini juga boleh dijadikan inspirasi kepada pemain kebangsaan yang lain
untuk terus melakar prestasi lebih hebat di atas padang," kata Hamidin.
Syahmi turut
menerima Anugerah Gol Terbaik Piala AFF manakala Syamer dan Norshahrul juga
menerima penghargaan pada Malam Anugerah AFF 2019 di Hanoi, Jumaat lalu.
Namun tiga
pemain itu tidak dapat hadir ke majlis terbabit kerana komitmen bersama skuad
kebangsaan bagi menghadapi perlawanan menentang Tajikistan, Sabtu lalu.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 9:41 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan