Ahad, 17 November 2019

FELDA United bangkit ikat Melaka


Sukan
Sabtu, 15 April 2017 | 11:33pm
FELDA United bangkit ikat Melaka
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
PEMAIN FELDA United FC, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) diasak oleh pemain Melaka United, Puaneswaran Gunasekaran (kiri) pada saingan Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. - Foto Khairunisah Lokman
MELAKA: Melaka United (MU) bangkit daripada kelesuan prestasi namun sekadar terikat 1-1 ketika berdepan FELDA United di Stadium Hang Jebat Paya Rumput sebentar tadi.

Kekalahan 0-7 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) minggu lalu menjadi pemangkin kebangkitan mendadak MU selepas prestasi merudum yang menjadi topik hangat media dan peminat bola sepak di negara ini.

Meletakkan pemain kebangsaan Amri Yahya sebagai kapten pasukan dalam kesebelasan pertama, skuad bimbingan jurulatih Eric Williams bermula garang menerusi rembatan Jeon Woo Young pada minit ke-10 namun tersasar ke kanan gawang The Fighters.

Pelawat bagaimanapun hampir di depan pada minit ke-20 namun rembatan kencang Hadin Azman sekadar menggegar tiang kiri gawang skuad Hang Tuah untuk kedudukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Gol pendahuluan MU akhirnya menjelma pada minit ke-81 menerusi sentuhan Khair Muhammad Jefri Jones.

Jaringan penyaman FELDA United dicipta Lucas Cano pada minit ke-90 untuk berkongsi satu mata di bumi Hang Tuah.

Keputusan ini pastinya sedikit melegakan buat Williams yang turut cemas andai Sang Kancil tewas berikutan risiko tinggi dipinggirkan daripada skuad berkenaan jika merakam kekalahan.[1]




[1] https://www.bharian.com.my/node/272087

Tiada ulasan:

Catat Ulasan