MyMetroArena
Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
NILAI: Ketua
jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe perlu mencari formula terbaik untuk
menyelesaikan masalah di jentera serangan selepas kehilangan khidmat Norshahrul
Idlan Talaha hari ini.
Penyerang
berusia 32 tahun dari Pahang itu meminta pelepasan kerana mempunyai urusan
keluarga dan tidak dapat bersama 22 lagi pemain ke Taiwan, esok bagi aksi
persahabatan antarabangsa pada Jumaat ini dan Kemboja Isnin depan.
Ketiadaan
Norshahrul atau turut dikenali sebagai Matyo menyebabkan Cheng Hoe sudah
kehilangan lima pemain dengan dua daripadanya adalah penyerang Safawi Rashid
dan Syafiq Ahmad dari Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Semua OK cuma
Matyo minta pelepasan kerana urusan keluarga, jadi kita hormat keputusannya dan
lepaskan dia.
“Memang saya
tak boleh bagi alasan, jadi saya kena cari satu formula atau formasi terbaik
untuk aksi menentang Taiwan dan Kemboja nanti. Sudah tentu pemain yang
diturunkan mampu beri persembahan terbaik,” katanya ketika ditemui pada sesi
latihan hari ini.
Tanpa Matyo,
Cheng Hoe kini hanya memiliki Zaquan Adha Abd Radzak, Shahrel Fikri Md Fauzi,
Akhyar Rashid dan R Kogileswaran untuk mengisi bahagian serangan.
Aksi menentang
Taiwan bagi persiapan menghadapi Piala AFF ini adalah perlawanan kelima di
bawah kendalian Cheng Hoe.
Kali terakhir
Harimau Malaya beraksi menewaskan Fiji 1-0 dalam perlawanan persahabatan pada 5
Julai lalu di Cheras.
“Kalau kita
lihat perlawanan Taiwan sejak dua, tiga tahun ini nampak mereka bermain dengan
baik di laman sendiri, mereka tak kalah lagi, jadi bukan mudah. Saya rasa
pemain yang dibawa mampu beri prestasi terbaik dan saya masih lagi cuba mencari
kombinasi pemain,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan