MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
KUALA LUMPUR:
Dua pemain negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamadou Sumareh masing-masing
dicalon bagi Anugerah Pemain Terbaik Separuh Akhir Piala AFF 2018.
Norshahrul
yang lebih dikenali sebagai Mat Yo membuktikan dia masih lagi berbisa di pentas
antarabangsa pada penampilan kelimanya apabila meledak lima gol setakat ini
untuk muncul sebagai penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang
Thailand, Adisak Kraisorn.
Malah,
jaringan penyamaannya ketika bertemu skuad Gajah Perang di Stadium Rajamangala
membolehkan skuad Harimau Malaya mara ke final edisi kali ini menerusi
peraturan gol di tempat lawan.
Sumareh yang
muncul pemain naturalisasi pertama negara pula dilihat tidak berdepan masalah
menyesuaikan diri dengan pasukan itu meskipun beraksi buat kali pertama pada
kejohanan itu.
Meskipun gagal
meledak sebarang gol namun kehadiran pemain kelahiran Gambia itu sudah cukup
untuk menghuru-harakan benteng pertahanan Thailand dengan gerakan lincahnya
menerusi sayap kanan.
Dua pemain
Vietnam turut dicalon bagi anugerah itu iaitu Nguyen Quang Hai dan Doan Van Hau
yang menunjukkan aksi cemerlang dalam dua aksi separuh akhir menentang
Filipina.
Undian boleh
dilakukan di laman
https://www.affsuzukicup.com/2018/news/117-general/1362-vote-semi-finals....
Setakat jam 11
pagi ini, sebanyak 3,391 undian sudah diterima yang menyaksikan Quang Hai
mendahului dengan 60.72 peratus (2,059 undian) diikuti Van Hau dengan 20.17
peratus (684 undian).
Dua pemain
Malaysia jauh ketinggalan apabila Norshahrul hanya mendapat 14.57 peratus (494
undian) sementara Sumareh dengan 4.54 peratus (154 undian).
Lagi berita
Piala AFF
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Ahad, 9 Disember 2018 @ 12:18 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan