Sabtu, 9 Januari 2021

Sarawak United tak dabik dada

 SUKAN UNCATEGORIZED



NORSHAHRULantara nama besar yang memantapkan Sarawak Unted musim depan.

Sarawak United tak dabik dada

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

9 Januari 2021, 10:50 am

PASUKAN Sarawak United enggan dilabel sebagai pilihan untuk menjuarai saingan Liga Premier musim ini meskipun berjaya menandatangani beberapa pemain bertaraf bintang Liga Malaysia (Liga M) pada jendela perpindahan ketika ini.

Sebagai rekod, Sarawak United sebelum ini berjaya mengesahkan kehadiran penyerang senior skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha yang berkelana bersama kelab Thailand, Bangkok Glass tahun lalu.

Malah, kelab ini juga mendapatkan khidmat dua bekas import Selangor, Sandro Da Silva dan Taylor Regan selain pemain dari Korea Selatan, Lee Chang-hoon.

Namun, ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan tidak mahu kehadiran nama-nama besar Liga M itu meletakkan pasukannya dalam tekanan selain percaya peluang untuk merebut kejuaraan musim ini sangat terbuka.

Sememangnya saya amat berpuas hati dengan persiapan pasukan bagi hadapi musim depan kerana penambahan ramai berpengalaman malah ada antara mereka yang saya pernah bekerja sebelum ini.

Di atas kertas, kami sudah ada pasukan yang berkualiti di setiap posisi selain kehadiran pemain import yang berpe­ngalaman diharap akan banyak berikan kekuatan tambahan kepada pasukan.

Mungkin ramai melihat Sarawak United selain Negeri Sembilan antara dua pasukan pilihan utama (untuk bergelar juara Liga Premier), namun saya percaya persiapan pasukan lain tidak kurang hebatnya.

Justeru, saya anggap saingan musim ini sangat terbuka dengan keupayaan pasukan seperti Kuching City, Kelantan, Kelantan United dan PDRM yang turut mahukan slot ke Liga Super pada 2022,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Elavarasan yang membimbing Sarawak United pada musim lalu sekadar membawa pasukan itu di tangga ke-10 Liga Premier sekali gus terlepas peluang bermain dalam kancah Piala Malaysia.SUMBER-KOSMO ONLINE

Jumaat, 8 Januari 2021

'Sarawak United bukan pasukan pilihan'

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Musim 2021 dijangka memperlihatkan Sarawak United lebih ampuh untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana selepas berjaya memburu ramai pemain berkualiti dan berpengalaman di saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Ketua jurulatih, E Elavarasan berkata, beliau gembira dengan kehadiran pemain seperti Sandro da Silva, Norshahrul Idlan Talaha, Lee Chang-hoon dan Christie Jayaseelan yang pasti memberikan banyak perbezaan buat Sarawak United berbanding musim lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu kehadiran semua pemain terbabit meletakkan Sarawak United dianggap sebagai pilihan sebaliknya berasakan peluang buat semua pasukan adalah sama rata bagi bersaing merebut kejuaraan.

"Sememangnya saya amat berpuas hati dengan persiapan pasukan bagi hadapi musim depan kerana penambahan ramai pemain berpengalaman malah ada antara mereka yang saya pernah bekerja sebelum ini.

"Sudah tentu di atas kertas, kami sudah punyai satu pasukan yang amat baik di segenap posisi malahan kehadiran pemain import yang semuanya berpengalaman pernah bermain di Liga-M, diharap akan banyak berikan kekuatan tambahan kepada pasukan.

"Mungkin ramai sedang melihat Sarawak United selain Negeri Sembilan antara dua pasukan pilihan utama, namun saya tidak mahu berasa sedemikian memandangkan persiapan pasukan lain tidak kurang hebatnya.

"Jangan memandang rendah atas keupayaan pasukan Kuching FA, Kelantan, Kelantan United dan PDRM yang pasti juga mahukan slot ke Liga Super pada 2022 apabila turut memperkuatkan pasukan dengan pemain-pemain baharu, jadi jangan jadikan perbandingan pemain yang kami miliki meletakkan kami sudah berada di atas landasan selesa berbanding pasukan lain, " katanya.

Pada musim ini, Elavarasan bakal dibantu bekas jurulatih kebangsaan, B Satianathan selaku Pengarah Teknikal pasukan.

Antara pemain lain yang akan memperkuatkan cabaran ialah bekas ketua pasukan Selangor, Taylor Regan selain Amer Saidin, Khair Jones, Gopi Rizqi dan Haziq Aris.

Elavarasan yang membimbing Sarawak United pada musim lalu sekadar membawa pasukan itu di tangga ke-10 Liga Perdana serta terlepas peluang bermain di Piala Malaysia.


Jelas Elavarasan, persiapan yang sedikit lewat pada musim lalu sebenarnya banyak menjejaskan peluang Sarawak United memburu kedudukan lebih baik memandangkan perlawanan Liga Perdana hanya dijalankan secara satu pusingan.

"Musim lalu kita lihat bagaimana Pulau Pinang yang muncul juara melakukan persiapan yang begitu awal iaitu beberapa bulan sebelum bermulanya liga.

"Begitu juga Kuala Lumpur yang bermula begitu awal dan lihatlah hasilnya, kedua-dua pasukan ini berjaya merebut dua slot ke Liga Super.

"Kami pula sebaliknya yang kesuntukan masa untuk lakukan persiapan dan harap kami boleh belajar sesuatu daripada musim lalu untuk memburu kedudukan yang lebih baik," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 6:39 PM