Selasa, 15 Jun 2021

Harimau Malaya turun tanpa naturalisasi ?



NORSHAHRUL Idlan Talaha (tengah) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Dubai semalam dalam persiapan akhir menghadapi Thailand awal pagi nanti. - IHSAN FAM

Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

15 Jun 2021, 12:00 pm

PETALING JAYA: Tan Cheng Hoe mungkin bersedia merehatkan pemain naturalisasi dan memberi kepercayaan penuh kepada pemain tempatan apabila menentang Thailand dalam aksi penutup kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 awal pagi esok.

Pengendali skuad kebangsaan itu juga akan menggunakan segala info yang diperoleh daripada tiga ‘pengintip’, Norshahrul Idlan Talaha, Dominic Lau dan Junior Eldstal, yang kesemuanya mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Thailand.

Selepas gagal memberi impak dalam dua aksi pertama menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam, ramai yang mahu melihat Guilherme de Paula serta Liridon Krasniqi direhatkan daripada kesebelasan utama.

Syafiq Ahmad diharap mampu kembali mengetuai serangan, manakala ketiadaan tiga tonggak akibat penggantungan, Cobin Ong, Mohamadou Sumareh dan Syamer Kutty Abba dijangka membuka laluan kepada pemain remaja sensasi, Arif Aiman Hanapi serta Syahmi Safari membuat kemunculan dalam kesebelasan utama.

Kita sudah dapat lihat pasukan kembali ke landasan yang tepat pada pertemuan menentang Vietnam tetapi ia mbelum sempurna kerana ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

Ini kerana menguasai perlawanan saja tidak mencukupi sebaliknya perlu mencipta lebih banyak peluang mendapatkan gol dan situasi itu ada pada pasukan dua tahun lalu (beraksi tanpa De Paula, Liridon)

Sudah tentu, aura pasukan 2019 berbeza kerana kami dapat menyerang serta bertahan dalam satu pasukan yang saya percaya bakal memberi impak lebih positif dan saya harap situasi itu kita dapat saksikan semula esok (malam ini),” katanya.

PEMAIN Malaysia menjalani latihan akhir semalam menjelang pertemuan dengan Thailand. – IHSAN FAM

Kali terakhir skuad negara menang pada aksi antarabangsa adalah ketika menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk saingan awal kumpulan G pada November 2019 sebelum pentas bola sepak Asia dihentikan seketika ekoran pandemik Covid-19.

Begitupun, prestasi skuad negara yang merosot susulan rentetan kekalahan pada aksi pemanas badan menentang Kuwait (1-4) dan Bahrain (0-2) selain dua saingan peringkat kumpulan apabila tewas 0-4 kepada UAE dan 1-2 kepada Vietnam baru-baru ini bakal memberi khabar gembira buat skuad Gajah Perang.

Cheng Hoe juga berkata, beliau sudah mengutip maklumat tambahan daripada Dominic (Police Tero 2019), Junior (Chonburi FC) dan Norshahrul Idlan (BG Pathum United) yang berpengalaman bermain di Thailand untuk mengetahui serba sedikit rahsia pasukan negara itu.

Kita juga telah saksikan aksi Thailand bertemu Indonesia dan UAE sebelum ini dan mereka masih kekal dengan corak permainan seperti yang kita tahu apabila mempunyai kebolehan serangan balas pantas.“Beberapa pemain muda mereka juga memiliki kualiti individu yang baik seperti Suphanat Mueanta, Supachai Chaided dan Ekanit Panya yang perlu diberi perhatian khusus,” katanya.1

___________________________________

1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/06/harimau-malaya-turun-tanpa-naturalisasi/ 

Sabtu, 22 Mei 2021

PENJARING GOL MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Name                                First/Last    Goals
 
01.Mohamed Mokhtar DAHARI            1972-1985       89
02.Abdul Ghani MINHAT            [1] 1956-1966       61
03.Zainal Abidin HASSAN              1980-1997       53
04.Isa ABU BAKAR                     1974-1981       44
05.Shaharuddin ABDULLAH              1967-1974       39
06.Dollah SALLEH                     1985-1996       33
07.Safee SALI                      * 2006-2017       23
08.James WONG                        1972-1981       23
09.Robert CHOE            10.  [2]   1958-1966       22
10.WONG Choon Wah                    1968-1977       20
11.THANABALAN Nadarajah              1964-1969       19
12.Rusdi SUPARMAN                    1999-2001       18
13.Azman ADNAN                       1991-2000       17
14.Arthur KOH                  [3]   1958-1965       17
15.Indra PUTRA Mahayuddin          * 2002-2014       17
16.Bakri IBNI                        1976-1983       16
17.Safiq RAHIM                     * 2007-2018       15
18.Amri YAHYAH                     * 2004-2017       15
19.Syed Ahmad ABU BAKAR              1966-1974       14
20.Hassan SANI                       1977-1984       14
21.Norshahrul Idlan TALAHA         * 2007-2019       14
22.Abdah ALIF                        1975-1980       13
23.Hairuddin OMAR                    2000-2009       13
24.SOH Chin Ann                      1969-1984       13
25.Zaquan Adha ABDUL RADZAK        * 2007-2019       12
26.Stanley GABRIELLE           [4]   1959-1964       12
27.LIM Teong Kim                     1982-1991       12
28.Ali BAKAR                         1970-1976       11
29.Harun JUSOH                       1969-1976       11
30.Rahim OMAR                  [5]   1957-1963       11
31.Safawi RASID                    * 2016-2019       10
32.Nizaruddin YUSOF                  1999-2008       10.1


1http://www.rsssf.com/miscellaneous/malay-recintlp.html(diakses pada 22 Mei @021)

REKOD KAPS PEMAIN MALAYSIA SEHINGGA 22.5.2021

 REKOD KAPS PEMAIN MALAYSIA SEHINGGA 22.5.2021

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Malaysia - Record International Players


NB: includes Malaya until 1962.
Last match included: Malaysia-Indonesia, 19 Nov 2019

Appearances for Malaysia National Team

Name                          First/Last     Caps  Goals 

SOH Chin Ann                  1969-1984      224     13
Abdul Shukor SALLEH           1970-1981      171     05
ARUMUGAM Rengasamy            1973-1986      142      0
Mohamed Mokhtar DAHARI        1972-1985      142     89
Zainal Abidin HASSAN          1980-1997      136     53
CHANDRAN Mutveeran            1965-1974      123      2
Santokh SINGH                 1973-1984      118      7
Ahmad YUSOF                   1981-1993       95      6
Jamal NASIR                   1975-1984       88      2
WONG Choon Wah                1968-1977       88     20
Aidil Zafuan ABDUL RADZAK   * 2007-2019       87      3
Dollah SALLEH                 1985-1996       81     33
Norshahrul Idlan TALAHA     * 2007-2019       80     14
Safee SALI                  * 2006-2017       76     23
Safiq RAHIM                 * 2007-2018       75     15
KUNANLAN Subramaniam        * 2009-2017       74      0
Yahya JUSOH                   1976-1981       73      1
Azizol Abu HANIFFAH           1983-1993       7       8
Abdul Ghani MINHAT            1956-1966       71     61
Shaharuddin ABDULLAH          1967-1974       70     39
Norhafiz Zamani MISBAH        2001-2011       66      2
Isa ABU BAKAR                 1974-1981       65     44
Amri YAHYAH                 * 2004-2017       64     15
Bakri IBNI                    1976-1983       63     16
Rosdi TALIB                   1999-2007       63      4
Abdullah ALI                  1976-1980       62      7
Abdah ALIF                    1975-1980       60     13
LIM Teong Kim                 1982-1991       60     12
RAJINIKANDH Batumala          1996-2001       59      1
Baddrol BAKHTI              * 2009-2019       58      5
Muhammad Shuko              * 2001-2014       56      5
Khairul Fahmi CHE           * 2010-2019       56      0
Indra Putra MAHAY           * 2002-2015       56     17
Mohamad Fadhli SHAS         * 2010-2018       55      0
Hairuddin O                   2000-2009       54     13
Azman ADNAN                   1991-2000       52     17
Kaironnisam Sahabudin HU      2002-2009       52      1
Mahali JASU                 * 2009-2018       52      3
Nizaruddin YUSOF              1999-2008       51     10
Serbegeth SINGH               1982-1991       50      1
Zaquan Adha ABDUL RA        * 2007-2019       49     12
Farizal MARLIAS             * 2009-2019       45      0
Abdul Rashid HA               1975-1989       41      0
Ahmad Shahrul AZ              1997-2002       40      7
Khairul Azman MOHAM           1991-1997       40      0
Shahrul SAAD                * 2015-2019       40      4
Amirulhadi ZAINAL           * 2007-2017       40      7
James WONG                    1972-1981       40     23
YAP Wai Loon                  1991-1999       39      0
Azamuddin AKIL              * 2012-2017       38      5
CHOW Chee Keong               1966-1981       38      0
NANTHAKUMAR Kaliappan         2002-2007       36      0
Asraruddin Putra OMAR         2008-2014       35      0
Fadzli SAARI                  2002-2007       35      3
Rusdi SUPARMAN                1996-2001       35     18
Syamsuri MUSTAFA              2002-2009       34      0
Fakri SAARANI               * 2009-2016       34      2
LEE Kin Hong                  1987-1993       33      0
Khyril MUHYM                * 2007-2013       33      5
Ahmad Hazwan BAKRI          * 2012-2019       32      7
Amar ROHIDAN                  2009-2012       32      0
Eddy Helmi MANAN              2002-2007       31      3
GUNALAN Karupiah              1986-1996       30      0
Abdul Ghani MALIK             1995-2001       30      1
Hassan SANI                   1977-1984       30     14
Muslim AHMAD                * 2009-2015       29      0
Matthew Thomas DAVIES       * 2015-2019       29      0
Irwan Fadzli ID               2001-2009       29      1
Hardi JAAFAR                  2006-2009       29      3
Azmin Azram AZIZ              1998-2004       28      0
Wan Zack HAIKAL             * 2012-2018       28      4
Idris Abdul KARIM             1995-2005       28      1
Zami Mohamad NO               1995-2000       28      1
Muhammad Safawi RASID       * 2016-2019       27     10
Muhammad Zubir AZMI         * 2011-2015       26      0.1

______________________________________________

Isnin, 10 Mei 2021

Aksi Mat Yo dipuji

May 3, 2021 Utusan Sarawak



CERIA… Pemain Sarawak United meraikan jaringan yang dilakukan oleh Norshahrul pada minit ke-85. • Foto IHSAN MEDIA SUFC

SENTUHAN penyudah penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang meledakkan jaringan bagi menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 1-0 malam semalam, amat melegakan jurulatihnya, E Elavarasan.

Katanya, walaupun turun tanpa kelibat penjaring terbanyak Sarawak United FC (SUFC), Uche Agba namun ia tidak menghalang penyerang kebangsaan itu membuktikan keupayaannnya untuk mereka mengutip mata maksimum di laman sendiri.

Sentuhan jaringan yang dilakukan oleh pemain itu pada minit ke-85 perlawanan membuktikan Norshahrul atau Mat Yo tetap digeruni dengan memiliki bisa pemusnah bagi menghadiahkan kemenangan tipis 1-0 sekali gus meletakkan skuad itu di tangga teratas liga.

Bagi Elavarasan, pemain berpengalaman itu bertindak bijak setiap kali memiliki ruang meski ditekan hebat oleh barisan pertahanan lawan.

Situasi berkenaan menyebabkan pemain kami hanya melakukan serangan balas pantas dengan mengatur strategi sesuai bagi memerangkap lawan yang kerap menyerang.

Hasilnya barisan pertahanan kami bertindak cemerlang menutup ruang untuk lawan meledak jaringan dan gol tunggal diperoleh pada lima minit sebelum tamat juga atas usaha tersusun bagi memisahkan kedudukan yang seakan-akan terikat tanpa jaringan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut berakhir malam semalam.

Elavarasan berkata, keputusan berkenaan amat melegakan mereka, namun tiada yang selesa buat SUFC kerana kedudukan carta akan sentiasa berubah kerana jurang mata yang tipis.

Beliau turut menyeru anak-anak buahnya kekal fokus dan konsisten bagi meraih kemenangan selepas menumpaskan JDT II semalam untuk memastikan pasukan itu kekal menerajui puncak Liga Premier hingga tamat saingan.

Pengendali berusia 56 tahun itu berkata, dengan pusingan kedua Liga Premier yang akan dihadapi selepas ini, kutipan tiga mata amat penting untuk mereka menjarakkan kedudukan sekali gus menempah slot ke saingan Liga Super musim hadapan.

Beliau berkata, biarpun dilihat masih terlalu awal untuk memasang angan-angan namun tetap mahu anak didiknya terus bekerja keras demi merealisasikan impian melayakkan diri dalam saingan tertinggi bola sepak tempatan selepas sekian lama tercicir sebelum ini.1

1https://www.utusansarawak.com.my/?p=23353 (diakses pada 10 Mei 2021)

Ahad, 9 Mei 2021

Sarawak United rampas kedudukan teratas Liga Premier

 SUKAN



MAT YO tampil cemerlang apabila membantu kemenangan Sarawak United 3-2 ke atas Kelantan United pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Ismail ­Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

Sarawak United rampas kedudukan teratas Liga Premier

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

9 Mei 2021, 11:30 am

SAINGAN Liga Premier sema­kin rancak selepas Sarawak United merampas kedudukan teratas daripada Negeri Sembilan FC selepas menang 3-2 ke atas Kelantan United FC di Stadium Sultan Ismail ­Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan mengakui anak-anak buahnya mempamerkan aksi cukup luar biasa untuk bangkit daripada ke­tinggalan 1-2 sebelum mengutip tiga mata penting.

Ini bukan aksi yang mudah apabila pasukan lawan memberikan tentangan sengit buat kami sehingga berjaya mendahului 2-1 pada perlawanan ini.

Namun, barisan pemain saya kekal fokus khususnya pada babak kedua untuk memastikan mereka mampu bangkit menjaringkan dua gol sekali gus membantu pasukan mengutip tiga mata sekali gus merampas takhta liga,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada aksi tersebut, gol-gol pasukan The Golden ­Hornbill dijaringkan oleh Christie Jayaseelan, Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Rahim Abdul Razak, manakala Kelantan United meraih gol hasil jaringan sendiri Stuart Wark dan Alfusainey Gassama.

Sementara itu, pengendali The Green Deers, Akira Higashiyama mahu pasukannya tidak terlalu kecewa dengan keputusan ini selepas memberikan yang terbaik sepanjang 90 minit perlawanan.

Saya berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh barisan pemain tetapi inilah lumrah bola sepak, kami terima dengan kekalahan ini dan perlu bangkit pada aksi seterusnya nanti,” katanya.

Keputusan tersebut me­nyaksikan Sarawak United meraih 23 mata selepas mengharungi 10 perlawanan dengan perbezaan satu mata berban­ding pencabar terdekat, Negeri Sembilan FC.1

1https://www.kosmo.com.my/2021/05/09/sarawak-united-rampas-kedudukan-teratas-liga-premier/

Selasa, 4 Mei 2021

Mat Yo wira Sarawak United



Oleh AMRAN MULUP

2 Mei 2021, 12:43 am

MELAKA: Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha muncul hero apabila menjaringkan gol kemenangan buat Sarawak United menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) II 1-0 dalam saingan Liga

Perdana di Stadium Hang Jebat di sini, sebentar tadi.

Perlawanan yang dilihat bakal berkesudahan seri tanpa jaringan ketika berbaki lima minit untuk ditamatkan kembali bertenaga.

Norshahrul tidak mensia-siakan peluang keemasan yang diperolehinya apabila mudah menyepak masuk gol tunggal perlawanan, sekali gus menewaskan penjaga gol JDT II, Muhammad Haziq

Nadzli.

Kemenangan mengutip tiga mata penuh itu sekali gus melonjakkan kedudukan Sarawak United kembali merampas tampuk teratas Liga Perdana dengan mengutip 20 mata.

PEMAIN Sarawak United, Stuart James Wilson Wark (kiri) bersaing dengan pemain JDT II, Mohamad Rafiefikre Rosman dalam aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini. UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD

Kelebihan dua mata itu meletakkan Negeri Sembilan berada di tempat kedua dengan 18 mata daripada sembilan perlawanan manakala JDT II terus kekal di tangga keempat dengan 15 mata.

Seawal minit kelima, Sarawak nyaris meledak jaringan pembukaan namun hampa apabila sepakan dari luar kotak penalti Christie Jayaselan sekadar menyingahi palang gol ketika penjaga gol JDT II, Muhammad Haziq Nadzli sudah tertewas.

Keadaan padang yang becak selepas hujan turun sebelum perlawanan bermula sedikit menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan.

Begitupun, JDT II lebih banyak menguasai babak perlawanan tetapi tidak berupaya mencipta banyak peluang untuk gandingan serangan menerusi Fernando Ortega dan Stuart Wilkin untuk mencipta jaringan awal.

Peluang terbaik milik pelawat hadir tiga minit sebelum babak separuh masa pertama hendak ditamatkan namun tandukan Mahamad Firdaus Ramli melewati palang gol Sarawak United.

Dua minit babak kedua bermula pintu gol tuan rumah bolos hasil sepakan Ortega namun penjaga garisan lebih awal mengangkat bendera kerana bola sudah melepasi garisan keluar terlebih

dahulu.

Pada minit ke-72, Sarawak United hampir-hampir memecah kebuntuan jaringan gol apabila sepakan Norshahrul berjaya diselamatkan penjaga gol JDT II, Muhammad Haziq.1

_________________________________________

Sentuhan Mat Yo masih berbisa

| | 02 Mei 2021




Norshahrul (kanan) diasak pertahanan JDT II dalam aksi di Stadium Hang Jebat pada Sabtu. - Foto FB Johor Southern Tigers
KETUA jurulatih Sarawak United FC, E Elavarasan berpuas hati dengan kemenangan saat akhir yang dilakar pasukannya meskipun ketiadaan beberapa ayam tambatan di bahagian serangan.
“Walaupun kekurangan pada bahagian serangan, ada perubahan kombinasi tetapi pasukan dapat bermain dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas aksi perlawanan dalam keadaan hujan renyai dan padang basah di Stadium Hang Jebat pada Sabtu.
Lega berjaya mengutip tiga mata penuh, Elavarasan berkata, peluang sebenar hanya tiba pada saat-saat akhir perlawanan.
"Gol yang kita dapat pada minit-minit terakhir itu paling penting untuk kita sebab JDT II bukan satu pasukan yang biasa...permainan pun mantap dan sedaya upaya nak cari gol," katanya.
Sarawak United yang melayan kunjungan JDT II terpaksa menunggu hingga minit ke- 85 apabila Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo berjaya menjaringkan gol tunggal hasil rembatan kencang dalam kotak penalti.
"Mat Yo bertindak bijak setiap kali memiliki ruang walaupun ditekan hebat barisan pertahanan lawan. Situasi itu menyebabkan kami hanya melakukan serangan balas pantas dengan mengatur strategi sesuai untuk memerangkap lawan yang kerap menyerang.
"Hasilnya, barisan pertahanan kami bertindak cemerlang menutup ruang untuk lawan dan gol tunggal yang diperoleh pada lima minit sebelum tamat juga atas usaha yang tersusun bagi memisahkan kedudukan yang seakan terikat tanpa jaringan," ujarnya.
Sementara itu, pengendali JDT II, Rafael Fransisco Gil Shanchez memuji aksi pemainnya yang berjaya mengawal permainan walaupun ada sedikit kesilapan.
Sarawak United FC kini mengumpul 20 mata daripada sembilan perlawanan sekali gus selesa mendominasi carta Liga Premier dengan mengatasi Negeri Sembilan FC yang mengutip 18 mata.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/136598/BERITA/Sukan/Sentuhan-Mat-Yo-masih-berbisa© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf.1

___________________________________________

Ahad, 2 Mei 2021

Mat Yo dapat pujian

Nazri Abu Bakar

am@hmetro.com.my



MAT Yo (dua kanan) mempamer aksi cemerlang. FOTO FB Johor Southern Tigers

Melaka: Keupayaan penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha meledak jaringan tunggal Sarawak United mengatasi Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat semalam melegakan jurulatihnya E Elavarasan.

Sentuhan terbabit membuktikan Norshahrul atau Mat Yo tetap digeruni dengan memiliki bisa pemusnah bagi menghadiahkan kemenangan tipis 1-0 sekali gus meletakkan skuad itu melonjak ke tangga teratas liga.

Baginya, pemain berpengalaman itu bertindak bijak setiap kali memiliki ruang walaupun ditekan hebat barisan pertahanan lawan.

Elavarasan berkata, sentuhan terbabit amat melegakan ketika ketiadaan rakan gandingannya, Uche Agba tambahan sejak awal permainan JDT II lebih banyak menguasai permainan dengan kawalan bola yang amat baik.

"Situasi berkenaan menyebabkan pemain kami hanya melakukan serangan balas pantas dengan mengatur strategi sesuai untuk memerangkap lawan yang kerap menyerang.

"Hasilnya barisan pertahanan kami bertindak cemerlang menutup ruang untuk lawan meledak jaringan dan gol tunggal yang diperolehi pada lima minit sebelum tamat juga atas usaha yang tersusun bagi memisahkan kedudukan yang seakan terikat tanpa jaringan," katanya.

Menurutnya, keputusan berkenaan amat melegakan sekali gus melonjak kedudukan di tangga teratas, namun tiada yang selesa buat pasukan kerana kedudukan carta akan sentiasa berubah kerana jurang mata yang tipis.

Katanya, saingan juga masih lagi terbuka dengan apa yang penting pemain perlu kental fokus bagi mengharungi perlawanan berikutnya kerana setiap lawan semakin mantap menjelang pusingan kedua liga.

Sehubungan itu, dia mahu anak buahnya konsisten memberikan yang terbaik sambil kental bersemangat untuk mengharungi perlawanan berikutnya bertemu Kelantan selepas ini.

Beliau berkata, jika persembahan sama yang ditunjukkan selain tampil memperbaiki kelemahan yang ada sudah pasti keputusan baki aksi mampu berpihak kepada Sarawak United.Disiarkan pada: Mei 2, 2021 @ 2:04pm.1

Sabtu, 9 Januari 2021

Sarawak United tak dabik dada

 SUKAN UNCATEGORIZED



NORSHAHRULantara nama besar yang memantapkan Sarawak Unted musim depan.

Sarawak United tak dabik dada

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

9 Januari 2021, 10:50 am

PASUKAN Sarawak United enggan dilabel sebagai pilihan untuk menjuarai saingan Liga Premier musim ini meskipun berjaya menandatangani beberapa pemain bertaraf bintang Liga Malaysia (Liga M) pada jendela perpindahan ketika ini.

Sebagai rekod, Sarawak United sebelum ini berjaya mengesahkan kehadiran penyerang senior skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha yang berkelana bersama kelab Thailand, Bangkok Glass tahun lalu.

Malah, kelab ini juga mendapatkan khidmat dua bekas import Selangor, Sandro Da Silva dan Taylor Regan selain pemain dari Korea Selatan, Lee Chang-hoon.

Namun, ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan tidak mahu kehadiran nama-nama besar Liga M itu meletakkan pasukannya dalam tekanan selain percaya peluang untuk merebut kejuaraan musim ini sangat terbuka.

Sememangnya saya amat berpuas hati dengan persiapan pasukan bagi hadapi musim depan kerana penambahan ramai berpengalaman malah ada antara mereka yang saya pernah bekerja sebelum ini.

Di atas kertas, kami sudah ada pasukan yang berkualiti di setiap posisi selain kehadiran pemain import yang berpe­ngalaman diharap akan banyak berikan kekuatan tambahan kepada pasukan.

Mungkin ramai melihat Sarawak United selain Negeri Sembilan antara dua pasukan pilihan utama (untuk bergelar juara Liga Premier), namun saya percaya persiapan pasukan lain tidak kurang hebatnya.

Justeru, saya anggap saingan musim ini sangat terbuka dengan keupayaan pasukan seperti Kuching City, Kelantan, Kelantan United dan PDRM yang turut mahukan slot ke Liga Super pada 2022,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Elavarasan yang membimbing Sarawak United pada musim lalu sekadar membawa pasukan itu di tangga ke-10 Liga Premier sekali gus terlepas peluang bermain dalam kancah Piala Malaysia.SUMBER-KOSMO ONLINE

Jumaat, 8 Januari 2021

'Sarawak United bukan pasukan pilihan'

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Musim 2021 dijangka memperlihatkan Sarawak United lebih ampuh untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana selepas berjaya memburu ramai pemain berkualiti dan berpengalaman di saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Ketua jurulatih, E Elavarasan berkata, beliau gembira dengan kehadiran pemain seperti Sandro da Silva, Norshahrul Idlan Talaha, Lee Chang-hoon dan Christie Jayaseelan yang pasti memberikan banyak perbezaan buat Sarawak United berbanding musim lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu kehadiran semua pemain terbabit meletakkan Sarawak United dianggap sebagai pilihan sebaliknya berasakan peluang buat semua pasukan adalah sama rata bagi bersaing merebut kejuaraan.

"Sememangnya saya amat berpuas hati dengan persiapan pasukan bagi hadapi musim depan kerana penambahan ramai pemain berpengalaman malah ada antara mereka yang saya pernah bekerja sebelum ini.

"Sudah tentu di atas kertas, kami sudah punyai satu pasukan yang amat baik di segenap posisi malahan kehadiran pemain import yang semuanya berpengalaman pernah bermain di Liga-M, diharap akan banyak berikan kekuatan tambahan kepada pasukan.

"Mungkin ramai sedang melihat Sarawak United selain Negeri Sembilan antara dua pasukan pilihan utama, namun saya tidak mahu berasa sedemikian memandangkan persiapan pasukan lain tidak kurang hebatnya.

"Jangan memandang rendah atas keupayaan pasukan Kuching FA, Kelantan, Kelantan United dan PDRM yang pasti juga mahukan slot ke Liga Super pada 2022 apabila turut memperkuatkan pasukan dengan pemain-pemain baharu, jadi jangan jadikan perbandingan pemain yang kami miliki meletakkan kami sudah berada di atas landasan selesa berbanding pasukan lain, " katanya.

Pada musim ini, Elavarasan bakal dibantu bekas jurulatih kebangsaan, B Satianathan selaku Pengarah Teknikal pasukan.

Antara pemain lain yang akan memperkuatkan cabaran ialah bekas ketua pasukan Selangor, Taylor Regan selain Amer Saidin, Khair Jones, Gopi Rizqi dan Haziq Aris.

Elavarasan yang membimbing Sarawak United pada musim lalu sekadar membawa pasukan itu di tangga ke-10 Liga Perdana serta terlepas peluang bermain di Piala Malaysia.


Jelas Elavarasan, persiapan yang sedikit lewat pada musim lalu sebenarnya banyak menjejaskan peluang Sarawak United memburu kedudukan lebih baik memandangkan perlawanan Liga Perdana hanya dijalankan secara satu pusingan.

"Musim lalu kita lihat bagaimana Pulau Pinang yang muncul juara melakukan persiapan yang begitu awal iaitu beberapa bulan sebelum bermulanya liga.

"Begitu juga Kuala Lumpur yang bermula begitu awal dan lihatlah hasilnya, kedua-dua pasukan ini berjaya merebut dua slot ke Liga Super.

"Kami pula sebaliknya yang kesuntukan masa untuk lakukan persiapan dan harap kami boleh belajar sesuatu daripada musim lalu untuk memburu kedudukan yang lebih baik," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 6:39 PM